Keperluan Perundangan

Keselamatan dan keboleharapan system perpaipan gas atau sistem retikulasi dalam premis bukan industri adalah di bawah kawalan Akta Bekalan Gas 1993 (Akta 501) dan Peraturan – Peraturan Bekalan Gas 1997, di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Tenaga (ST). Akta 501 mengawalselia sistem perpaipan gas asli hiliran dari stesen pintu kota atau perpaipan gas petroleum cecair (GPC) daripada tempat pengisian tangki pukal atau silinder hingga ke peralatan atau perkakasan pengguna.

Gas di definasikan sebagai metana, etana, propane butane atau hidrokarbon yang mungkin mengandungi satu atau lebih gas yang di nyatakan dalam bentuk gas atau cecair.

Rekabentuk, pemasangan, pengoperasian dan penyelenggaraan sistem perpaipan gas hendaklah mengikut Peraturan – Peraturan Bekalan Gas 1997 seperti yang di tunjukkan dalam rajah


Kekompetenan kakitangan teknikal dan kontraktor yang merekabentuk, membina,menyelenggara atau mengoperasikan sistem perpaipan gas adalah di bawah Akta 501, melalui kaedah pendaftaran kekompetenan.


ST akan mengeluarkan Approval to Install (ATI) kepada kontraktor sebelum memulakan kerja pepasangan dan Approval to Operate (ATO) selepas ia lengkap dan sedia untuk beroperasi. Semua lukisan kejuruteraan, pengiraan, perakuan siap dan ujian yang di sahkan orang kompeten perlu di kemukakan untuk tujuan pengeluaran kelulusan.


Pepasangan dan pengoperasian hendaklah mengikut piawai yang telah di tetapkan iaitu

  • Piawaian Malaysia
MS 830 – Koda amalan untuk penyimpanan, pengendalian dan penghantaran gas petroleum cecair ( koda ini merangkumi aspek rekabentuk, pembinaan, pengendalian dan lokasi penyimpanan GPC dan perpaipan sehingga ke alatatur peringkat pertama)

MS 930 – Koda amalan untuk pemasangan system perpaipan gas dan peralatan – peralatan ( koda keselamatan yang berkaitan system peprpaipan gas dan peralatan dari paip keluaran alatatur peringkat pertama (untuk GPC) atau dari meter pengguna (untuk gas asli) ke peralatan pengguna)
  • Piawaian ASME
American Society of Mechanical Engineers (ASME) B31.8 – system paip penghantaran dan pengagihan gas ( merangkumi rekabentuk, pembinaan, pepasangan, pemeriksaan, pengujian dan aspek keselamatan untuk kerja pengendalian dan penyelenggaraan system penghantaran dan pengagihan gas, termasuk dari paip gas utama sehingga ke meter pengguna)


Aspek keselamatan dan pepasangan paip gas di premis yang didefinasikan sebagai kilang oleh Akta Kilang dan Jentera 1967 (Act 139) adalah tidak termasuk dalam skop akta 501. Ia adalah terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Rujukan : Suruhanjaya Tenaga || Panduan Sistem Perpaipan Gas Domestik
Read more »

Konfigurasi Sistem Perpaipan Gas

Sistem Perpaipan LPG (Liquefied Petroleum Gas)


Komponen - komponen utama sistem adalah
- Tangki simpanan
LPG di simpan di premis pengguna dalam pengandung tekanan (bagi sistem tangki pukal [bulk tank storage]) atau dalam silinder yang di pancaronggakan bersama (manifold system). Tekanan rekabentuk bagi tangki silinder biasanya 1725 kiloPascal (kPa) ataupun 250 psig. Tangki simpanan pukal boleh di pasang menurut salah satu susunan di bawah:

  • atas tanah - tangki pukal di pasang di atas permukaan tanah
  • bawah tanah - tangki pukal di tanam sepenuhnya di dalam tanah
  • timbusan - tangki pukal di timbus sepenuhnya di atas permukaan tanah
- Talian paip penghantar atau perkhidmatan
Talian ini biasanya untuk menghantar wap LPG daripada tangki simpanan ke peralatan gas. Alat pengewap kadangkala di pasang berhampiran dengan tangki untuk mengewapkan cecair LPG kepada wap sebelum alat pengatur tekanan pertama. Kaedah ini di gunakan pada sistem pengeluaran cecair.


Pengatur tekanan di pasang di sepanjang talian untuk menurunkan tekanan wap ecara berperingkat. Pengurangan biasanya di lakukan 2 kali untuk meningkatkan tahap keboleharapan dan keselamatan supaya tekanan perpaipan gas di dalam bangunan dapat dikurangkan kepada tidak melebihi 5 psig.


Sistem Perpaipan Gas Asli


Gas asli di hantar dari loji pemprosesan gas ke stesen pintu kota melalui talian penghantaran. Tekanan akan di kurangkan di stesen pintu kota sebelum di agihkan sampai ke peralatan pengguna.


Tekanan gas dalam talian paip penghantaran di kurangkan di stesen pintu kota ke lingkungan 250 - 300 psig, dan seterusnya di stesen daerah kepada 60 psig. Tekanan di kurangkan lagi di stesen kawasan dalam kawasan perumahan sekitar 0.5 psig sebelum memasuki bangunan untuk retikulasi seterusnya ke peralatan gas.


Rujukan : Suruhanjaya Tenaga || Panduan Sistem Perpaipan Gas Domestik
Read more »

AKTIVITI MENDAKI GUNUNG DATUK

2-4 JAN 2010 - Seramai 48 orang pelajar DTM Gas, di iringi Mohd Shafiq Mokhtar, pengajar DTM Gas telah menjalankan satu program yang julung-julung kalinya diadakan iaitu pendakian Gunung Datuk, Negeri Sembilan. Program ini di ketuai oleh pelajar semester 4,Saihaffez Bin Idris, yang juga bertindak selaku Pengarah Program, bersama rakan-rakan crew yang lain bagi melicinkan lagi perjalanan program ini. Kumpulan ini bertolak jam 5 petang, dan tiba di kaki gunung jam 10 malam. 


"Kami sampai jam 10 malam, dan mendirikan khemah serta melakukan sedikit aktiviti" - Saihaffez


Kejayaan menawan puncak Gunung Datuk jelas menggambarkan sekiranya ada usaha, apa sahaja yang kita lakukan pasti beroleh kejayaan. Kumpulan ini bertolak pulang dan selamat tiba di IKM Johor Bahru pada petang Ahad.


AYUH!!MAJU GAS UNTUK NEGARA!!

Edited by AdminGas
Read more »

Kepakaran Bukan Tiket Untuk Jenayah


PONTIAN - Kepakaran satu sindiket memasang dan mengubahsuai alat pemindahan gas di sebuah gudang terbiar terbongkar apabila premis di Kampung Jeram Batu, Pekan Nenas, di sini, di serbu pihak berkuasa semalam.
Difahamkan, sindiket itu menjadikan gudang berkenaan sebagai tempat memindahkan gas daripada tabung subsidi seberat 14 kilogram (kg) untuk kegunaan domestik kepada tabung gas 50 kg yang di jual kepada pihak industri sejak hampir 5 bulan lalu.
Dalam serbuan kira - kira jam 11.30 pagi, sebanyak 725 tong gas 14 kg dirampas dengan 127 masih berisi mankala 222 tong lagi ialah tong gas kegunaan industri dengan 85 darinya telah di isi dengan gas bagi diedarkan kepada pembeli di sekitar negeri ini.
Difahamkan juga, menerusi kegiatan haram berkenaan, kumpulan terbabit mampu mengaut keuntungan antara RM50 - RM60 bagi sebuah tong gas untuk industri dengan harga pasaran antara RM130 - RM150 bagi sebuah tong.
Sumber - Harian Metro, 2 Oktober



Kepakaran dalam sesuatu bidang bukanlah tiket untuk bebas melakukan jenayah. Kegiatan haram seperti ini perlu di elak supaya tidak mendatangkan masalah di kemudian hari kelak. Kemahiran dan kepakaran yang di pelajari hendaklah di gunakan di saluran yang betul.
Read more »

PANDUAN SISTEM PERPAIPAN GAS DOMESTIK


About Us

Zongegas Mengetengahkan Maklumat Berkaitan DTM Gas termasuk aktiviti, perancangan, kejayaan dan nota tambahan berkaitan